Interlock Abdullah Hussain

ISBN:

Published: 2010

Paperback

406 pages


Description

Interlock  by  Abdullah Hussain

Interlock by Abdullah Hussain
2010 | Paperback | PDF, EPUB, FB2, DjVu, AUDIO, mp3, ZIP | 406 pages | ISBN: | 4.45 Mb

Interlok. Entah kenapa judul buku ini terasa begitu dekat dengan jiwa saya tatkala mata saya tertancap pada namanya dalam senarai buku Ganding Baca di group Goodreads Malaysia. Lihat pada nama penulisnya, tidak salah lagi, inilah buku yang pernah saya pelajari dalam sukatan KOMSAS ketika di bangku sekolah dahulu.

Biarpun novel ini punyai 1001 kontroversi sepanjang percetakannya untuk dijadikan satu daripada sukatan KOMSAS di sekolah, namun begitu saya bersyukur apabila menjadi salah seorang daripada pelajar-pelajar yang mempelajari, mengkaji, membedah dan menghayati buku ini.Ringkas saja nama buku ini. Santai saja jalan ceritanya. Tetapi sungguh mendalam nilai murni yang tersimpan di dalamnya. Buku ini merungkai kisah Seman, Cing Huat dan Maniam, tiga pemuda yang berbeza bangsa tetapi membesar di tanah yang sama.

Pada awal pembacaan, saya membacanya sekadar angin lalu, sehingga kadang-kadang tidak mengerti kenapa novel ini terlalu provokatif di dada-dada akhbar. Sehinggalah saya mempelajarinya di bilik darjah, saya mula memahami sedikit demi sedikit. Mula memahami sensitiviti masyarakat India. Mula memahami pemikiran masyarakat yang pelbagai ini. Sebagai contoh, masyarakat India tersinggung dengan penggunaan perkataan paria yang terdapat di dalam buku ini, mungkin kerana sepanjang saya membesar perkataan tersebut sangat terbiasa pada pendengaran saya, lebih-lebih lagi saya tiada kenalan berbangsa India pada waktu itu, jadi saya menganggap masyarakat India sekadar memperbesarkan hal-hal yang kecil.Lain pula halnya di atas helaian peperiksaan, saya selalu mengelak untuk memilih novel ini, entah apa silapnya saya selalu sukar untuk score markah penuh pada bahagian KOMSAS jika saya memilih Interlok.

Pemahaman sudah ada, syarahan guru di dalam kelas sudah bagus. Oh ya, guru Bahasa Melayu saya juga seorang yang patriotik dan bersemangat, berkobar-kobar semangat kami mendengar beliau membentangkan buku ini di dalam kelas. :)Biarpun novel ini dikatakan tidak begitu lantang dalam kritikannya, saya percaya bahawa penulis Dato SN Abdullah Hussain telah menimbang tara banyak perkara ketika menulis buku ini. Bukan mudah untuk menulis sebuah buku yang menggambarkan realiti masyarakat yang pelbagai di Malaysia. Banyak sensitiviti yang perlu dijaga.Apabila kita bergaul dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, kita akan sedari betapa pentingnya satu pendidikan yang memberi kesedaran dan membuka kefahaman tentangnya.

Di mana secara tidak langsung saya sedikit kecewa apabila novel ini dimansuhkan dalam sukatan KOMSAS sebaik sahaja saya meninggalkan sekolah menengah.



Enter the sum





Related Archive Books



Related Books


Comments

Comments for "Interlock":


damci.pl

©2012-2020 | DMCA | Contact us